Nik Aziz bidas lelaki Kelantan poligami kikis harta isteri
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas sikap lelaki Kelantan yang gemar berpoligami semata-mata mahu memeras keringat dan harta isteri mereka tanpa berusaha menunaikan tanggungjawab sebenar mengikut Islam.
Beliau berkata, kejahilan membuatkan ramai lelaki Melayu di negeri itu berpoligami hingga menyebabkan isteri menjadi mangsa akibat deraan seks dan dijadikan sumber pendapatan.
"Penyakit yang berlaku di Kelantan... suami berkahwin nak memuaskan nafsu, nak rebut peluang kerana isteri pangkat dan gaji besar. Dia (suami) duduk saja, tidak peduli kepada tanggungjawab, sebaliknya hidup dengan harta isteri. Suami seperti ini masuk neraka. Islam beri peringatan yang jelas kepada suami.
"Ramai wanita Kelantan keluar kerja tetapi orang lelaki (suami mereka) berada di kedai kopi dan bersembang. Pendapatan isteri digunakan tanpa rasa malu sedangkan Islam mewajibkan nafkah zahir menjadi tanggungjawab lelaki sebagai menjaga hak wanita yang menjadi isteri mereka,” katanya.
PETIKAN DARI BERITA HARIAN 4 JANUARI 2010
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment