Thursday, June 11, 2009

BOSS


Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Woakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....

Wednesday, June 3, 2009

JANGAN MARAH

TEMUDUGA TERBUKA

TAWARAN KERJA

Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras
jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra shj
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40 tahun





Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM150
6. Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas


Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa
kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 23 April 2008 di
Jabatan Pertahanan Awam



Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan
kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran
jawatan.





Jawatan:
1. ultraman




2. Kamen Riders



PowerRangers




4. Sailormoon (wanita shj)

AH BENG

Ah Beng bought a new mobile. He sent a message to everyone from his Phone Book & said,'My Mobile No. Has changed.
Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'

====================================
Ah Beng : I am a Proud dad, coz my son is in Medical College.
Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

==========================================
Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

===========================================
Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

=========================================
Ah Beng : People consider me as a 'GOD'
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said, Oh GOD! U have come again.

===========================================
Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing, except the TV in my house.'
Police: 'How come the thief did not take TV?'
Ah Beng : 'I was watching TV news...'

=========================================
Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'
He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.'

=============================================
How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.

===============================================
Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other. So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot.

==================================================
Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and says 'Hello, how did you know I was here?'

===================================================
Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?

===================================================
Teacher: 'I killed a person. Convert this sentence into future tense'
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'

=====================================================
Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'
Servant: 'It's already raining.'
Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'

=====================================================
A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the evening and not
in the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM

PENYELUDUP

Kisah ini berlaku di sempadan... .

seorang lelaki sering melintasi sempadan dengan menaiki basikal serta membawa dua guni pasir. perbuatannya itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki lelaki tersebut membuat kerja penyeludupan.

pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik". pegawai imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut. setelah diperiksa hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu. keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa basikal bersama dua guni pasir.. pegawai imigresen masih tidak puas hati lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang terdapat dalam dua guni itu... setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya yang dulu... . suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai kopi... . pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa kerja kamu"? jawab lelaki itu... . "seludup basikal"... ...

MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: Saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

Budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

NGERI

Mayat aneh Kolonel di temui dalam bulan Ramadhan::
Walaupun seluruh isi badan sudah tinggal tulang, namun wajah masih
elok... Kalau tak berani jangan tengok.... ngeri!!!
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|
\/
|




GANU VS KLATE

MENANTU TERENGGANU: MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........NANTI KITO BAYAR

MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH..... SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI

MENANTU TERENGGANU: LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG' (ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....

MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...

MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)

hok aloh sebut betul2 ...saye ni kentang!! kentang!!!


saya bukang ketang bukang kete saya ketam..

SOALAN RAMALAN SPM 2009

ari ni cikgu nak kasi soklan-soklan ramalan...tumpukan perhatian...


Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?

A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu

Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?

A: Alfonso D’ Albuquequer
B: Albontot D’ Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?

A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

Siapakah pegawai British di Sarawak?

A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

PENUNGGU PERIGI



suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??”

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, “Aku takut la, di bawah tu ada manusia… dah la cakap kuat cerewet pulak tu…

MAIN DALAM KAPAL TERBANG


Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.

Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. “Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!” bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! “Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?”

“Habis… tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la.”
“HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?”

“Kan kami nie pemain simpanan…”.

FAKTA SEJARAH

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

scroll sampai bawah.....

lagi....





lagi...







lagi...











Hang dok buat apa laei...hang dok mengulat...hang pi buat kerja nu!!!

LAWAK SEGELAS TEH

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segelas teh.

Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak minum, dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang-renang di dalam air tehnya. Lalu diapun memanggil pelayan... .

"Waiter!!! Kenapa ada lalat di dalam teh saya!"


Dengan muka selamba si pelayan itupun menjawab..


"Takkanlah dengan harga teh RM1.00 anda mengharapkan ada kambing di dalamnya... "

KISAH FERARRI, EVO7 DAN KELISA

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datang la sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"
tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ah rosak "
jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"
mamat nie bagi idea.

"Worrait gak tu... tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam ye"

"Ok pakcik"..

mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam 5 kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........
sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"

SI DOL YANG HAMPEH

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

--------- ---------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

--------- ---------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

--------- ---------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

--------- ---------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

--------- ---------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong!

--------- ---------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

--------- ---------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

--------- ---------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

KISAH PEMANDU BAS


Seorang lelaki yang sengau naik ke
sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? "
(bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah
kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu
pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda
sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.

"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana
haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia
hulakk!!!... ....."

(macam mana saya nak jawab.. saya pun
sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek
dia pulak!!!)... .

LAUT MATI

"Satu hari ada la 3 sahabat sekolah datang berborak di satu kedai kopi.

A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!

B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.

C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia la yang bunuh..."

LAWAKNYER

Byk2 huruf...huruf apa yg cute????
Jawapan :
he he.. mestila i..tak kan u plak

Gajah lalu jambatan,jambtn patah,klu semut lalu????
Jawapan :
Semut patah balik la


Suatu hari sang semut menemui sang gajah...ketika sedang asyik bercerita tiba2 sang gajah pengsan...nak tau tak ape yg si semut bagi tau kpd gajah?
'aku sedang mengandung 2 bln,anak ini anakmu'.....hehehe.

CERAI
Isteri: Adik...beritahu ayah,ibu nak Seraii....
Adik : Ayahhhhhh....Ibu nak Ceraiiiiiiiiiiiii........
Ayah : Hah!!!!!

Suatu pagi di sekolah...
murid2:selamat pagi cikgu.
cikgu:jadi, awak hanya mendoakan saya selamat waktu pagi jer?
murid2:selamat pagi dan petang cikgu.
cikgu:waktu malam???
murid2:selamat pagi, petang dan malam cikgu.
cikgu: cakap selamat sejahtera kan senang..
murid2:selamat sejahtera, cikgu.
cikgu:hari ni kita akan belajar perkataan berlawan. saya nak kamu semua senyap.
murid2:(senyap)
cikgu:tinggi
murid2:rendah
cikgu:dekat
murid2:jauh
cikgu:adil
murid2:UMNO
cikgu:salah
murid2:betul
cikgu:itu bukan soalan
murid2:ini adalah jawapan
cikgu:rotan baru kamu tau!
murid2:akar baru kami tak tau.
cikgu:eee... geramnya saya!
murid2:yea... gembiranya kami.
Akhirnya, cikgu itu pengsan akibat anak muridnya yang terlalu pandai...

TEKA TEKI

Q1. Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?

A1. Sebab cinta itu buta.

Q2. Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

A2. Kuih salah bikin

Q3. Binatang apa yang power karate?

A3. Kuda belang. Cuba kira brape black belt dia ade.

Q4. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

A4. Pintu yg ade tulis ‘TARIK’

Q5. Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?

A5. Usus

Q6. Binatang ape yg seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

A6. Kutu rambut

Q7. Nenek sape jalanya meloncat-loncat?

A7. Neneknye si katak.

Q8. Siape yg menemukan dompet kulit?

A8. yg menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan Kepada saye.

Q9. Kenape lelaki jarang kena penyakit anjing gila?

A9. Sebab lelaki n ikan ‘buaya’

Q10. Tukang ape kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?

A10. Tukang gali kubur

Q11. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, apa bendanya?

A11. Tahi hidung

Q12. Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

A12. Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ boleh diangkat…

Q13. Gajah terbang dgn ape?

A13. Dengan susah payah

Q14. Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

A14. Dua-dua tak kenal korang… hehe

Q15. Kenape pokok kelape kat depan rumah harus ditebang?

A15. Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa, gile pe…

MAKSUD SINGKATAN "A'KUM"

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataanAssalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan"Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kitamemberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orangYahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalamBahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yangbermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkandia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

PEPATAH BARU

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampoo.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati ditinggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (tulah… lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)


6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga… pulut pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi. (gosok jangan tak gosok)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ade beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak. (boleh kahwin lagi…)

11. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goring pedas, ginjal masak merah, tiup follopio masak lemak cili api.

12. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

13. Biar korek hidung jangan korek tabung.

14. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

15. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

16.Kalau padi katakana padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakana sudi, kalau tak sudi….boleh blah…lah…

17.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

18.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. (itu…mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

19. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

20. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

21. Biar lambat asal perlahan.

22.Kalai tiada rotan, pelempang ajelah…

23.Habis madu sepah tu jangan dibuang rata-rata

24. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pastu ayam kebogelan.

25. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

26.Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah…

27. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kite tak lawa.

28.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah…

29.Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

30. Rambut sama hitam, kutu lain-lain. (kat kepala masing-masing lah)

31. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

32. Lembu punya susu, Dutch-Lady dapat nama.

33. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

34. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli suka yang masuk acara angkat berat.

35.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

36.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

37.Kalau ada sumur di lading, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari…. (nak tak?)

38. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum.

39. Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, kajang hamba makan satay kajang lagi best….


40.Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

41. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

42.Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti nak ganti ke…

PERIBAHASA MODEN

Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita
pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam
management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat
yang sesuai! Jangan lah tempat awan yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan
Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak
bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak
jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan.
Geli-geman di buat nya.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg
muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check
betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah
baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano <-- Klassik sey!
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . .maknernya...

Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...

~SMILE: it makes u youth-fully cheerful!~

BERITA TERGEMPAR

Berita terkini dan harap maklumkan kepada semua kekawan,

kerabat dan saudara mara ....

Peristiwa ini masih baru dan panas lagi.

PLUS mungkin akan mengeluarkan risallah tentang perkara ini setelah siasatan

pihak Polis dan PLUS selesai.

Be careful when you're travelling alone on the north south highway.

Why??

The latest incident happen at the *rest area* in Pagoh.

It can happen in other rest areas also - the one similar like car park.

Just be careful and always be alert.

Bring along your mobile phone if you go out from your car.

Just in case, as reported below ...The latest case reported.

Seorang salesman berhenti rehat semasa waktu maghrib.

Dia berjalan ke tandas,tetapi merasakan ada sesuatu mengekori beliau.

Dia terus menoleh tapi tiada apa dibelakangnya.

Dia meneruskan perjalanan ke tandas, sesampai dipintu dia merasakan nya lagi.

Ketika itu angin bertiup kuat dan bau busuk menusuk ke hidung.

Dia menoleh kebelakang, terus terkaku kerana dibelakang beliau ada lembaga dari pusat ke bawah berupa manusia dan dari pusat keatas pula berupa kambing jantan warna hitam.

Darah mencucur dari lehernya mulut terbuka juga mengeluarkan darah.

Lembaga itu terus merapatinya dgn gigi terseringai membuka mulut dan terus berkata.... .. "Dimana dia anak kambing saya .....?


"Anak kambing saya tengah membaca blog ..

"Chan Mali Chan .... oh ohhhh ....

Chan mali Chan ... oh ohhhhh ...

heheheheee .... Dah sambung balik kerja tuuuuu...... ta tau nak buat keja ke??????

CERITA AYAM YANG MACHO


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam.

Di sana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya,

si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi.

Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua :> Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda:> Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.

Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua :> Eh a...berlagak tul natang seekor ni (jalak tua bercakap lam ati nyer).

Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang...

Oklah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer)

so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini.

Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda:> Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua :> Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:> Set

Si ayam jalak tua :> Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda:> Boleh (dengan penuh keyakinan). Maka pertandingan pun dimulai.

Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan.

Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.

Kenapa?????>> [jawapan ada di bawah]>>>>>>>>>>>>>

Kata Pemilik :> "Kurang ajar.

INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL :> Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Monday, June 1, 2009

HARIMAU YANG BERIMAN


"Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...

KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...

Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... tolong la ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Tiba-tiba... .

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin

KUDA



Suatu hari Pak Pandir pulang ke rumah dengan dahi yang benjol dan
bibir berdarah. Mak Andeh kehairanan, lalu bertanya:

Mak Andeh: Kenapa dengan awak ni Pak Pandirnya oooi?

Pak Pandir: Saya jatuh kuda.

Mak Andeh: Jatuh kuda?

Pak Pandir: Ya, Mak Andehnya. Mula-mula kuda tu perlahan saja. Lepas
tu dia laju sikit. Kemudian laju lagi. Lama-lama punyalah laju, saya
tak boleh nak pegang lagi, terus jatuh. Ni yang benjol ni.

Mak Andeh: Habis tu apa jadi.

Pak Pandir: Kaki saya sangkut pulak kat kuda tu. Sayapun jerit lah,
"Tolong! Tolong! Tolong!". Mujurlah ada orang datang selamatkan.

Mak Andeh: Siapa yang selamatkan awak Pak Pandir?

Pak Pandir: Siapa lagi. Towkey supermarket tu lah. Mujur dia cepat
tutup suis, kalau tidak, teruk lagi le muka saya ni.

Mak Andeh: Laa... kat mana awak naik kuda ni Pak Pandirnya ooi?

CITA2 SEMAN B. LEMAN

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

Pandai... Pandai..... Anak saper le ni...

MAHKAMAH

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.

Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali.

KENA MARAH

Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.

"Sudah aku katakan.. jangan engkau bagitahu puan pukul berapa aku
pulang malam tadi... kenapa kau cakap juga?"

"Maaf tuan.. saya langsung tidak cakap waktunya.." jawab pembantu rumahnya..
"Saya hanya cakap yang ketika tuan pulang.. saya sedang ambil air sembahyang subuh
dan tak sempat tengok jam.."

TAK DER FAEDAH

Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih
kekurangan
modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah
badan
pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu. Berangkat laa Pak
Pandir
bersama Mak Andir ke tempat tersebut.
Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana .
Setelah
mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat
mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak
RM20,000.00
tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar.
Terkejut
laa pegawai tersebut lalu bertanya.
Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?
Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH"..
Buang
masa aku je laaa....

Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.

ATUK YG BERANI

Pada suatu hari... seorang datuk sedang berbual dengan cucunya.

Cucu: "Atuk, pagi tadi ada orang kampung kita nampak hantu!"

Datuk: "Dulu, Atuk dan kawan-kawan nenek pernah pergi ke kubur pada waktu malam. Lepas tu Atuk nampak pontianak. Kawan-kawan Atuk semuanya lari lintang-pukang. Tinggal Atuk aje dekat kubur tu..."

Cucu: "Hebatnya Atuk. Macam ni lah Atuk saya!"

Datuk: "Takdelah, sebenarnya Atuk pengsan... tak sempat lari!"

TAMAKKAH AKU?

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali
susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa
dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau
aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata
'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung mereka semua"..

ISI BORANG

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which
dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don't like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father's Name : Daddy
Father's IC No. : U ask him
Mother's Name : Mummy
Mother's IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

BADAK DAN MONYET


Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok), keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.

Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe

Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu.. Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" Tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

CUTI SEKOLAH

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

SERAH PADA YANG ATAS


Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

IKLAN COKE YANG BIADAP!!!

SUNGGUH BIADAP
________________________________________
Perhatikan Iklan di bawah, apa pandangan anda..? Ini adalah petikan di antara iklan iklan 'Coke' yang di terbitkan di Eropah


Renung renungkan lah wahai saudara saudari.
Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah.
Kita ANTI YAHUDI
Tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini.
Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.
Masih Nak Minum Coke Lagi .?





Inilah makna Coke sebenarnya!



Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi
>>>
>>> Disampaikan oleh seorang sahabat.....
>>> Assalamualaikum kengkawan...
>>>
>>> last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat
>>> mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat
>>> yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana
>>> setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia
>>> nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah
>>> diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia
>>> beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk
>>> hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di
>>> dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &
>>> women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb
>>> diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama
>>> keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima
>>> forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve
>>> tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
>>> toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if
>>> you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat
>>> zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran
>>> umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,
>>> pls stop drinking & buying coke & pepsi.
>>>
>>> Allahuakbar!

Kalu Tak percaya..........amalkan lah selalu.......

LAWAK BODO

mak aih boleh gila cikgu cikgu baca jawapan ujian murid dia ni....



LAWAK SEMASA

Lawak bangla
Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih...

Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...

Iqbal: ala..ko tolong ler aku..

Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim", baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh...